MUSA (kanan) bersama Timbalan (dari kiri) Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14. FOTO Edmund Samunting
MUSA (kanan) bersama Timbalan (dari kiri) Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14. FOTO Edmund Samunting
Erdiehazzuan Ab Wahid

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah menetapkan 7 Januari 2017 sebagai tarikh interim bagi pengharaman penggunaan bot pam yang sering digunakan anasir tidak bertanggungjawab.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, ia adalah antara langkah bagi mengukuhkan tahap keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) susulan insiden culik terbaru membabitkan empat kru kapal tunda warga Malaysia di perairan berhampiran Pulau Ligitan di Semporna, baru-baru ini.

"Sehingga tarikh itu warga tempatan bagaimanapun tidak digalakkan menggunakan bot pam mereka, manakala mereka yang bukan warganegara pula penggunaannya diharamkan serta-merta.

"Langkah pengharaman bot pam itu sedang diselaraskan dan kerajaan akan memutuskan tarikh akhir penggunaannya, bagaimanapun, tarikh interim untuk pengharamannya yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) ialah pada 7 Januari 2017," katanya pada sesi penggulungan Jabatan Ketua Menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Terdahulu, teks ucapannya dibacakan Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Teo Chee Kang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 5:57 PM