Pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah yang dirawat di Hospital Tapah akibat keracunan makanan, semalam. - Foto FAIL
Pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah yang dirawat di Hospital Tapah akibat keracunan makanan, semalam. - Foto FAIL
BERNAMA

Ipoh: Jumlah mangsa simptom keracunan makanan di Sekolah Menengah Sains Tapah meningkat kepada 63 orang berbanding 44 orang semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata daripada jumlah itu, 25 orang masih berada di wad manakala 10 orang dibenarkan keluar daripada hospital manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

"Pihak kami sedang menunggu keputusan sampel makanan yang dihantar ke makmal kesihatan awam untuk mengenal pasti punca keracunan," katanya selepas lawatannya ke Hospital Taiping hari ini.

Sabtu lalu, 43 pelajar dan seorang guru sekolah berkenaan keracunan makanan selepas dipercayai memakan roti jala dan kari ayam di dewan makan asrama sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata makanan berkenaan dihidangkan sebagai juadah lewat malam oleh pengendali dapur asrama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 3:44 PM