Harian Metro


BERIKUT antara rangkuman berita sepanjang hari ini. Jangan lupa temujanji kita setiap hari pada jam 7 malam hanya di Metro@7.

• Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan lima ahli perniagaan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan dokumen.

• Penyanyi Wan Shades memfailkan saman menuntut ganti rugi RM1 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap pengendali laman hiburan, Rotikaya.com.

• Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam memerintahkan bekas isteri pengacara Jimmy Shanley, 36, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, menjalani hukuman penjara tiga hari mulai hari ini.

• Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 7:11 PM