LOKASI kejadian. FOTO Danial Noordin
LOKASI kejadian. FOTO Danial Noordin
KEADAAN seorang daripada tiga anggota polis yang cedera. FOTO Danial Noordin
KEADAAN seorang daripada tiga anggota polis yang cedera. FOTO Danial Noordin
Oleh Mohamad Hussin

Pendang: Tiga anggota polis cedera akibat ditetak seorang lelaki yang mengalami masalah mental dalam kejadian amuk di di Kampung Kerkau, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu cedera ditetak di bahagian kepala, tangan dan kaki sehingga terpaksa menerima lebih 10 jahitan.

Sumber berkata, suspek yang berusia 28 tahun dipercayai mengamuk selepas pihak polis cuba memujuknya keluar dari bilik untuk dibawa ke hospital.

"Seorang daripada anggota polis terbabit mengetuk pintu bilik dan sebaik dibuka mangsa terus ditetak di bahagian kepala menyebabkan dia terjatuh.

“Rakan mangsa yang cuba menyelamatkan mangsa turut ditetak di tangan kiri manakala seorang lagi anggota polis turut cedera di kaki akibat terkena libasan parang," katanya.

Menurut suber itu lagi, suspek berjaya ditahan selepas kejadian dan mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 4:44 PM