Shuhada Mansor

Selain bersenam, faktor makanan antara yang penting untuk dapatkan tubuh idaman. SHUHADA MANSOR senaraikan tiga makanan yang boleh membantu anda.

Lemak di bahagian paha pastinya mengganggu penampilan seseorang apatah lagi bagi si gadis. Ada juga segelintir si jejaka yang menghadapi masalah ini.

Jangan risau, tanpa perlu hadkan makanan seharian, ada cara lain untuk anda cuba bagi mengatasi konflik ini. Caranya, dengan memakan tiga jenis makanan ini ia dapat membantu anda membakar lemak di bahagian anda mahu. Ini antara tiga makanan yang disenaraikan mengikut laman web cara hidup, Boldsky.

Susu rendah lemak

Jika ingin menurunkan berat badan, jadikan susu sebagai sebahagian daripada diet anda. Seimbangkan produk susu yang anda minum dengan memilih jenis rendah lemak. Selain untuk kesihatan ia bagus untuk menurunkan berat badan.

Telur

Mungkin ramai akan terkejut dengan fakta ini. Kita sedia maklum mengenai telur yang kaya dengan sumber kolesterol namun jika bercakap perihal makanan berprotein, putih telur berada di tangga teratas. Disarankan, makan putih telur dalam kuantiti dua hingga tiga biji sehari untuk mendapatkan tenaga sekali gus melakukan senaman membakar lemak di paha.

Kacang dan bijian

Kacang dan bijian pilihan terbaik untuk dimakan setiap hari. Biji tembikai sebagai contoh dapat memberikan tenaga dan protein untuk membantu aktiviti membakar lemak dengan mudah.

Selain untuk penghidaratan tubuh, zat lain yang ada dalam buah-buahan juga dimanfaatkan untuk tubuh badan. Cuba tip ini dan gabungkan dengan senaman yang konsisten. Lihat kesannya pada paha anda!

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 5:18 AM