Mohd Rizal Abdullah


Miri: Indeks pencemaran udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan tidak sihat manakala bandar raya Miri mencatatkan bacaan sederhana sehingga jam 10 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), ILP Miri mencatatkan bacaan 159 (tidak sihat) manakala bandar raya Miri 89 (sederhana).

Peningkatan IPU berikutan kebakaran hutan dan belukar di kawasam Kuala Baram dan berhampiran ILP Miri seluas 4 hektar mengakibatkan IPU di kawasan ini melonjak naik.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya kini sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu.

Menurutnya, kebakaran berkenaan dipercayai akibat kebakaran terbuka mengakibatkan ia merebak dan mengkibatkan asap tebal.

Sebelum ini, kawasan Kuala Baram pernah terbakar membabitkan kawasan seluas 500 hektar dan mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk dipadamkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 12:11 PM