NONNY tak peduli soal karakter untuk timba pengalaman di pentas teater.
NONNY tak peduli soal karakter untuk timba pengalaman di pentas teater.
Norhayati Nordin


Meskipun sinonim dengan karakter antagonis dalam kebanyakan drama lakonannya, tidak bermakna Nonny Nadirah Zainuddin, 27, berasakan dirinya kini dalam zon selesa.

Biarpun jiwanya sebati memainkan karakter hitam, jauh di sudut hatinya Nonny berharap memperoleh peluang untuk watak baik.

Pelakon kelahiran Sabah ini akui gembira dan bersyukur kerana boleh dikatakan sekarang dia mula mendapat kepercayaan melakonkan watak baik. Telefilem Cik Sayur Encik Seafood yang disiarkan di TV9 antara peluang yang diterima.

Nonny juga teruja kerana turut mendapat peluang menjayakan teater Ombak Rindu yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 22 April depan.

Katanya, ini percubaan sulungnya di pentas teater dan perasaannya sangat gementar apabila diberi kepercayaan melakonkan watak Hazira iaitu adik Hariz lakonan Keith Foo.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 7:43 AM