Sudirman Mohd Tahir


Boboiboy The Movie mencatat kejayaan membanggakan apabila menjadi filem animasi pertama Malaysia mencatat kutipan mencecah RM3.5 juta dalam tempoh lima hari tayangan.

Menurut pengarahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak, 33, filem ini mengambil masa lebih dua tahun untuk disiapkan membabitkan hampir 70 tenaga kerja kreatif.

“Normal pembikinan filem animasi mengambil masa yang lama untuk siap. Di negara luar, kebanyakannya memakan masa hampir lima tahun.

“Menghasilkan filem animasi tidak semudah disangka kerana prosesnya sangat kompleks. Setiap paparan yang dilihat pada skrin dilakar. Paling penting tidak boleh menggunakan visual sedia ada,” katanya.

Sambung Nizam, filem berkenaan siap sepenuhnya pertengahan Februari lalu sebelum mula ditayangkan pada 3 Mac .

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 7:35 AM