Harian Metro


BERIKUT antara rangkuman berita dalam dan luar negara sepanjang hari ini. Jangan lupa temujanji kita pada setiap hari jam 7 malam hanya di Metro@7.

• Wanita yang videonya hadir ke majlis perkahwinan suaminya viral sebelum ini, diceraikan talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

• Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Penampang, Sabah.

• Seorang lelaki ditemui mati di rumahnya di Persiaran 1, Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

• Kementerian Dalam Negeri menyerahkan tiga buah bot bernilai RM2.4 juta kepada pasukan Polis Marin Wilayah Tigadi Markas Operasi Pasukan Polis Marin PDRM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 7:03 PM