LOH (kanan) bersama duta produk Zebra Malaysia, Chef Anuar Draman (tengah) meneliti produk terbaru.
LOH (kanan) bersama duta produk Zebra Malaysia, Chef Anuar Draman (tengah) meneliti produk terbaru.

Kuala Lumpur: Zebra Stainless Steel (M) Sdn Bhd (Zebra), melancarkan rangkaian peralatan memasak terbaru Zebra dengan tawaran diskaun dan promosi menarik kepada orang ramai bermula bulan ini sehingga hujung Januari tahun depan.

Pengarahnya, Loh Liew Hong berkata, rangkaian produk terbabit dijangka mampu menarik perhatian pengguna kerana ia dihasilkan material terbaik, memiliki kualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan daripada Food & Drug Administration (FDA), Amerika Syarikat.

“Produk kami menerima sambutan baik daripada orang ramai dan ia terbukti apabila Malaysia pasaran eksport ketiga terbesar daripada 40 negara bagi jenama Zebra ini berpangkalan di Thailand,” katanya selepas melancarkan lapan produk terbaru Zebra di sini, semalam.

Zebra jenama peralatan masakan Thailand yang mula berada di pasaran sejak 1966 dan kini sudah menghasilkan 1,000 produk dan berjaya menerokai pasaran di 40 negara seluruh dunia.

Beliau berkata, secara lazimnya syarikat melancarkan 80 hingga 100 produk setiap tahun bagi memenuhi keperluan pengguna di negara ini, sekali gus memastikan jenama terbabit menjadi salah satu daripada jenama peralatan memasak terkemuka di negara ini.

“Kami menawarkan produk pada pada harga serendah RM19.90 sehingga RM499 melalui 250 pusat pengedaran di seluruh negara dan ia menjadi faktor utama kepada kejayaan kami dalam mencatatkan keuntungan sebanyak RM25 juta pada tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai impak penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan, Liew Hong berkata beliau mengakui mungkin jualan syarikat akan terganggu memandangkan kebanyakan pusat pengedarannya masih akan menjual produk pada harga sama.

“Oleh sebab itu, kami akan terus mengadakan kempen promosi dan pengiklanan melalui media secara agresif serta menghasilkan produk yang sentiasa memenuhi keperluan orang ramai bagi memastikan syarikat tidak terjejas oleh struktur cukai baru negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:06 AM