1. SAPU alas bedak primer jenis radiance.
1. SAPU alas bedak primer jenis radiance.
2. RATAKAN alas bedak mengikut warna dan jenis kulit.
2. RATAKAN alas bedak mengikut warna dan jenis kulit.
3. SAPU bedak tabur untuk membolehkan alas bedak menyerap ke muka lebih cepat.
3. SAPU bedak tabur untuk membolehkan alas bedak menyerap ke muka lebih cepat.
4. BENTUK kening dengan pensel kening dan dikemas dengan gel mata.
4. BENTUK kening dengan pensel kening dan dikemas dengan gel mata.
5. SAPU pembayang mata asas di kelopak mata sebelum meratakan pembayang mata mengikut kesesuaian majlis.
5. SAPU pembayang mata asas di kelopak mata sebelum meratakan pembayang mata mengikut kesesuaian majlis.
6. CELAK mata disapu di bawah garis mata dan hujung kelopak mata.
6. CELAK mata disapu di bawah garis mata dan hujung kelopak mata.
7. MASKARA boleh digunakan untuk melentikkan bulu mata.
7. MASKARA boleh digunakan untuk melentikkan bulu mata.
8. LAKUKAN shading pada bahagian hidung dan tulang pipi.
8. LAKUKAN shading pada bahagian hidung dan tulang pipi.
9. SAPU pemerah pipi di atas shading.
9. SAPU pemerah pipi di atas shading.
10. OLES gincu di bibir selepas membentuk garis bibir.
10. OLES gincu di bibir selepas membentuk garis bibir.
11. SAPU highlighter di bahagian zon T wajah.
11. SAPU highlighter di bahagian zon T wajah.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Menerima jemputan majlis makan malam adakalanya memeningkan buat sesetengah wanita. Mana tidaknya, banyak perkara yang perlu dititikberatkan seperti pemilihan pakaian sesuai mahupun solekan.

Jika tidak kena cara dan gaya tentu saja penampilan kita akan menjadi bahan bualan atau kutukan. Maka amat penting jika kita tahu sedikit sebanyak mengenai solekan yang sesuai digayakan untuk menghadiri majlis makan malam.

Banyak wanita bersoleks sesuka hati tanpa teknik yang betul dan hasilnya tidak memuaskan atau menampakkan wajah lebih kusam. Sebenarnya, jika kena dengan teknik solekan wanita akan tampil anggun dan bergaya.

Sehubungan itu, seseorang wanita perlu mengetahui teknik bagaimana mengaplikasikan sesuatu alat solek ke muka mengikut tema yang bersesuaian dengan majlis atau tempat yang ingin dihadiri.

Jurusolek artis, Rahima Haslinda Abd Halim atau lebih mesra dipanggil Ima Halim berkata, menyolek wajah dengan teknik betul dan pemilihan yang sesuai boleh membantu membangkitkan keremajaan wajah dan paling utama menutup kekurangan pada wajah.

Selain itu katanya, solekan yang dikenakan perlu disesuaikan bagi setiap majlis atau tempat yang ingin dihadiri agar tidak kelihatan janggal atau tenggelam kerana solekan yang tidak sesuai atau tidak kena.

“Bagi solekan untuk menghadiri majlis pada waktu malam, elakkan warna tanah atau warna semula jadi kerana cahaya yang lebih malap tidak menyerlahkan solekan. Sebaik-baiknya gunakan warna lebih cerah untuk menampakkan wajah lebih berseri,” katanya.

Ima berkata, selepas membersihkan wajah, solekan dimulakan dengan menyapu alas bedak primer pada seluruh wajah. Untuk solekan malam, alas bedak jenis ‘radiance’ lebih sesuai digunakan untuk wajah tampak menyerlah.

Selepas itu, alas bedak biasa diratakan pada seluruh wajah mengikut kesesuaian warna kulit. Alas bedak berfungsi untuk menutup cela atau parut kecil pada wajah, tetapi jika terlalu tebal akan membuatkan solekan kelihatan seperti topeng. Cara terbaik sapukan alas bedak secara tipis dan diratakan sebelum menggunakan bedak tabur.

Selepas itu, gunakan pensel mata atau berus kening dan bentukkan kening mengikut kesesuaian bentuk wajah. Untuk kelihatan muda dan lebih lembut, pastikan warna pensel mata tidak terlalu gelap. Warna coklat gelap pilihan terbaik.

Sapukan pembayang mata pada bahagian kelopak. Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel.

Kemaskan bahagian bulu mata menggunakan maskara. Gunakan celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.

Untuk membentuk wajah pula, gunakan teknik ‘shading’ agar bahagian seperti hidung dan tulang pipi nampak menyerlah sebelum menyapukan pemerah pipi di atas shading. Untuk solekan malam, pemerah pipi perlu lebih terang berbanding siang.

Untuk bahagian bibir, bentukkan bahagian luar bibir dengan pensel bibir sebelum mengoles gincu mengikut kesesuaian busana. Biasanya warna gincu kontra dengan pakaian dan untuk solekan malam elakkan warna semulajadi atau warna tanah.

Untuk sentuhan terakhir, gunakan penyerlah di bahagian zon T wajah untuk menyerlahkan solekan namun sapuan haruslah tipis saja. Ima menunjukkan langkah solekan untuk majlis makan malam bertema glamor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 11:33 AM