Reaksi Faizal (berdiri) pada Kemuncak AJL ke-30 di Stadium Melawati. Foto fail NSTP
Reaksi Faizal (berdiri) pada Kemuncak AJL ke-30 di Stadium Melawati. Foto fail NSTP
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir tidak menyangka mesej kemanusiaan dalam lagu Assalamualaikum mendapat pujian Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, dia bersyukur dan tersentuh dengan kenyataan positif pada status Facebook mufti itu berikutan penyertaan lagu berkenaan pada pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30, Ahad lalu.

Terdahulu, Datuk Dr Mohd Asri atau lebih mesra di sapa Dr MAZA memuji usaha Faizal yang menyelitkan mesej kemanusiaan dalam karya terbabit.

Lagu ciptaan bersama Mike Chan, Ezra Kong dan Audi Mok itu diangkat sebagai naib johan pada AJL30 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menghargai pujian Dr MAZA, Faizal berkata karya itu bukan usahanya seorang sebaliknya membabitkan kerja berpasukan dan bersyukur apabila mesej yang ingin disampaikan dapat dicerap pendengar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 9:13 PM