PELAKSANAAN sistem GST bermula tahun lalu. FOTO arkib NSTP Hazreen Mohamad
PELAKSANAAN sistem GST bermula tahun lalu. FOTO arkib NSTP Hazreen Mohamad
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kerajaan menjangkakan kutipan bersih Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi 2016 diunjurkan mencecah RM39 bilion .

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, hasil kutipan GST selama sembilan bulan sehingga Disember 2015 diunjurkan sebanyak RM27.1 bilion.

Beliau berkata, pelaksanaan GST dilihat menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum sekali gus menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.

Katanya, harga minyak juga dijangka kekal rendah pada 2016.

”Kalau kekal pada paras AS$32 (RM140) atau AS$35 (RM153) atau AS$36 (RM157) setong penyusutannya lebih RM30 bilion.

"Mujur kita laksana GST, jika tidak, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus pada 2016," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Khas bersama warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 11:01 AM