Mayat mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan polis. FOTO ihsan bomba
Mayat mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan polis. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Selepas sejam hilang di Tambak Pontian Baru, Pontian, seorang lelaki berusia 30-an ditemui lemas oleh anggota bomba kira-kira 2.46 petang tadi.

Sumber bomba berkata, mangsa ditemui di kawasan tengah lokasi terbabit dengan bantuan orang awam menggunakan teknik jaring.

"Mangsa ditemui dalam keadaan parah di kepala dipercayai terkena bilah enjin bot," katanya.

Terdahulu, mangsa dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki hilang kawalan selepas terlanggar batu di muara sungai mengakibatkan dia bersama seorang lagi rakannya tercampak.

Bagaimanapun, rakannya berusia 30-an diselamatkan orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:09 PM