PASUKAN forensik memeriksa mayat seorang lelaki ditemui terdampar di Pantai Saujana, Batu 4. FOTO Mohd Khidir Zakaria
PASUKAN forensik memeriksa mayat seorang lelaki ditemui terdampar di Pantai Saujana, Batu 4. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Oleh Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Mayat lelaki berusia 30-an ditemui terdampar di Pantai Saujana, Batu 4 di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang lengkap berpakaian dan berambut pendek ditemui orang awam tanpa dokumen pengenalan diri pada 8 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Suprintendan Abd Aziz Ali mengesahkan penemuan mayat itu.

Katanya, siasatan awal forensik mendapati tiada unsur jenayah.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 1:25 PM