TABUNG duit di Masjid kampung Kebakat, Wakaf Bharu, (gambar kecil) diumpil lelaki tidak dikenali.
TABUNG duit di Masjid kampung Kebakat, Wakaf Bharu, (gambar kecil) diumpil lelaki tidak dikenali.
Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Tumpat: Seorang lelaki berpura-pura solat semata-mata mahu mengaburi mata jemaah lain sebelum mencuri wang tabung masjid dan melarikan peralatan memasak di Masjid Kampung Kebakat di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, lelaki berusia 20-an itu berpura-pura menunaikan solat Asar secara berjemaah di masjid berkenaan dan terus keluar sebaik selesai solat bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Imam Tua Masjid Kampung Kebakat Mohd Shukri Ab Ghani berkata, kejadian hanya disedari tok siak masjid, Yaakob Ismail, 60-an yang terlihat kesan umpil pada tabung sebelum mengesahkannya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu ke bilik simpanan peralatan memasak selepas solat sebelum melarikan dua tong gas dan kuali besar. Lelaki terbabit kemudiannya kembali dan mengumpil tabung masjid.

“Kami tidak pasti jumlah wang yang dilarikan lelaki terbabit. Ini kali keempat tabung masjid diumpil dan ia antara sebab kami memasang CCTV,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:22 AM