HELAH suspek berpura-pura tidur di dalam masjid. Gambar kecil, suspek ditahan polis dipercayai cuba mencuri duit tabung.
HELAH suspek berpura-pura tidur di dalam masjid. Gambar kecil, suspek ditahan polis dipercayai cuba mencuri duit tabung.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Helah seorang lelaki berpura-pura tidur di dalam masjid tidak menjadi apabila dia dicekup orang ramai ketika dipercayai cuba mencuri tabung di Masjid Parit Tiga, Selinsing, di sini, kelmarin.

Ketua Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) Jaafar Ishak, 47, berkata, suspek yang juga orang tempatan berusia 30-an dilihat tidak balik ke rumah selepas solat Isyak dan tidur di dalam masjid berkenaan.

Menurutnya, kelakuan suspek mencurigakan berikutan seolah-olah berpura-pura tidur.

“Lebih kurang jam 11.30 malam, ahli jawatankuasa masjid bersama beberapa penduduk kampung menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis.

“Pemeriksaan polis ke atas suspek akhirnya menjumpai satu peralatan dawai seperti alat memancing yang dipercayai digunakan suspek mencangkuk keluar duit yang terdapat di dalam tabung masjid,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 9:21 AM