ANTARA mangsa yang cedera akibat kemalangan bas di Chiang Mai. FOTO AFP
ANTARA mangsa yang cedera akibat kemalangan bas di Chiang Mai. FOTO AFP
Oleh Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Lapan lagi mangsa yang cedera akibat kemalangan bas di Chiang Mai, Thailand Ahad lalu, masih dirawat di tiga hospital berasingan di utara Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain berkata, pihaknya masih memantau keadaan semua mangsa.

"Empat mangsa yang cedera dirawat di Mc Cormick Hospital ialah Tan Yang Soon, Ker Shin Hui,Lim Guat Huay dan Lim Jia Miem.

"Mangsa yang dirawat di Bangkok Hospital pula ialah Goh Bak Chai, Ng Too Hiyok dan Teo Tien Chor.

"Sementara itu, mangsa yang koma dan kritikal iaitu Lim Ah Gek menerima rawatan di Maharaj Nakorn Hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 3:12 PM