SEORANG daripada mangsa yang ditetak selepas menerima rawatan. FOTO Rosliza Mohamed
SEORANG daripada mangsa yang ditetak selepas menerima rawatan. FOTO Rosliza Mohamed
Oleh Rosliza Mohamed


Tumpat: Dua lelaki cedera ringan selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Wakaf Bharu, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi tadi itu, dua mangsa berusia 20-an berkenaan cedera di kepala sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan oleh seorang saksi kejadian, dua mangsa berkenaan diserang dengan parang oleh sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal.

"Selepas menetak mangsa, sekumpulan itu terus melarikan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaharuddin Rasip ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 2:03 PM