MENDIANG Teoh Beng Hock. FOTO Arkib NSTP
MENDIANG Teoh Beng Hock. FOTO Arkib NSTP
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock, minggu depan.

Teoh adalah bekas Setiausaha Politik Exco Selangor daripada DAP yang meninggal dunia dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.

"Saya akan berjumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu depan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan bertemakan 'Bioekonomi Untuk Semua', di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tarikh spesifik untuk perjumpaan dengan keluarga mendiang Teoh.

Perdana dalam kenyataan di platform X kelmarin, menyatakan hasrat menemui keluarga mendiang Teoh, yang meninggal dunia dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.

Anwar juga memberi jaminan akan meneliti tuntutan terkandung dalam memorandum yang mahu diserahkan oleh keluarga dan aktivis di Parlimen, kelmarin.

Teoh yang juga saksi SPRM ditemui mati dan dipercayai jatuh dari bangunan agensi itu sebelum Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kes itu pada 2011 memutuskan kematiannya kerana membunuh diri berikutan siasatan yang dijalankan SPRM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 12:28 PM