ABIDIN (tiga dari kiri) bersalaman dengan orang ramai di Unit Daerah Mengundi (UDM) Tasek Junjung. FOTO Aminah Yusof
ABIDIN (tiga dari kiri) bersalaman dengan orang ramai di Unit Daerah Mengundi (UDM) Tasek Junjung. FOTO Aminah Yusof
Siti Aminah Mohd Yusof

Nibong Tebal: Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Abidin Ismail tidak melihat soal kekurangan dana atau peruntukan menyekat usahanya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Beliau mengakui perkara itu antara cabaran yang dihadapi PN sebagai blok parti pembangkang.

"Itu antara cabaran bagi kita. Apa pun kita PAS, PN sudah lama jadi pembangkang. Tetapi Alhamdulillah ada bantuan daripada sahabat-sahabat.

"Insya-Allah tidak banyak, sikit kita bagi (bantuan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui Unit Daerah Mengundi Mengundi (UDM) Tasek Junjung di sini, malam tadi.

Abidin, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal berkata, walaupun terdapat cabaran, usaha untuk membantu rakyat akan diteruskan dengan komitmen tinggi.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PN Abidin dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, 60.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 8:55 AM