RoselanAb Malek


Temerloh: Tular di media sosial gambar puluhan kampit, beras tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum dekat sini, sejak petang semalam.

Difahamkan, gambar itu mula tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial Facebook dan Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Ia menyebabkan netizen memberi komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengenai kejadian itu.

Berdasarkan gambar tular, ada pihak mengambil tindakan membakar barangan tersebut.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

Namun, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak akibat disimpan terlalu lama.

Sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.

Harian Metro masih cuba mendapatkan pihak berkenaan untuk memberi komen mengenai perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 8:02 AM