GAMBAR hiasan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO arkib NSTP
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kerajaan memutuskan melanjutkan tempoh bantuan subsidi penerbangan dari tiga hari ke empat hari sebelum Aidilfitri bermula 6 hingga 9 April ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia diadakan berdasarkan sambutan orang ramai yang membeli tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya pada empat hari tersebut dan tidak akan membayar melebihi RM599.

Menurutnya, untuk harga tiket asas,sebarang kos melebihi harga maksimum tersebut akan ditanggung Kerajaan tidak termasuk cukai dan fi hanya untuk pergi sahaja.

Katanya, harga maksimum ini boleh membantu penumpang yang terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir atau di laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam perjalanan balik kampung.

Pada 15 Disember lalu MOT telah melancarkan inisiatif bantuan subsidi sempena musim perayaan untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Loke berkata, kerajaan juga akan meneruskan inisiatif-inisiatif lain termasuk memudahcara penambahan penerbangan bagi Aidilfitri.

Menurutnya, MOT melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah memudahcara sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April ini.

Katanya,strategi ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga yang lebih murah.

Loke berkata, bagi memenuhi permintaan, KTMB akan menyediakan enam perkhidmatan tren ETS tambahan bermula dari 4 hingga 15 April.

"Jumlah keseluruhan tiket ETS yang ditawarkan termasuk tren biasa dan tambahan bagi musim perayaan Aidilfitri ini adalah 135,000 tiket," katanya katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Loke menambah, bagi penumpang yang akan pulang ke Pantai Timur, KTMB turut menyediakan dua perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) pergi dan balik yang akan beroperasi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya menawarkan952 tiket.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2024 @ 4:19 PM