HOTEL Raia di semua cawangan menyajikan bufet Ramadan yang menawarkan lebih 100 juadah tradisional Melayu.
HOTEL Raia di semua cawangan menyajikan bufet Ramadan yang menawarkan lebih 100 juadah tradisional Melayu.
Oleh Suliati Asri

Kuala Lumpur: Berbuka bersama rakan dan keluarga tersayang pastinya sesuatu yang cukup bermakna.

Justeru, sempena Ramadan ini, Hotel Raia di semua cawangannya di Hotel Raia di Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak menyajikan bufet Ramadan yang menawarkan lebih 100 juadah tradisional Melayu.

Bukan itu saja, bufet Ramadan ini juga turut ditambah dengan hidangan Arab dan Timur Tengah yang cukup istimewa kerana disediakan dan dipilih sendiri oleh cef terlatih.

Selain itu, terdapat juga pelbagai tema bagi memeriahkan lagi suasana antaranya Citarasa Desa di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar; Selera Nusantara di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu; Juh Berambeh di Raia Hotel & Convention Centre Kuching; Citarasa Muhibbah di Raia Hotel Kota Kinabalu dan Rasa Raia di Raia Inn Pulau Pinang.

Antara lauk pauk dan hidangan enak yang disediakan di cawangan Hotel Raia pula termasuklah kambing panggang, daging bakar Danok dan nasi mandi di Alor Setar; kambing bakar, nasi arab kambing dan gulai kawah di Terengganu; bubur pedas, satay Kerapin dan umai ikan di Kuching; nasi Arab, sup tulang Tawau dan hati buyah masak kicap di Kota Kinabalu serta kambing bakar, nasi kenduri dan goreng celup di Pulau Pinang.

Untuk memberikan lebih banyak pilihan, Hotel Raia juga menyediakan pelbagai jenis gerai khas untuk sup, aneka kuih Melayu, kek dan pastri, serta bermacam jenis kudapan yang enak.

Bufet Ramadan di semua cawangan Hotel Raia akan bermula pada 13 Mac hingga 8 April dari jam 6 petang hingga 9.30 malam dengan harga kompetitif yang pastinya akan menjadikan pengalaman berbuka puasa anda benar-benar berbaloi dari awal hingga akhir.

Harga tetap untuk setiap cawangan Hotel Raia adalah RM85 seorang di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar; RM 89 di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu; RM75 di Raia Inn Penang; RM150 di Raia Hotel & Convention Centre Kuching, Sarawak, dan RM95 di Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk menikmati pelbagai hidangan enak dengan harga yang sangat berbaloi di Hotel Raia ini, anda disyorkan untuk membuat tempahan awal bagi memudahkan urusan.

Tempahan korporat, pembelian baucar awal dan tempahan boleh dibuat di lokasi hotel terdekat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian +603 8744 3000 atau e-mail kepada [email protected], laman web https://www.raiahotels.com.my atau Facebook Hotel Raia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2024 @ 7:45 AM