ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Rosli Ilham
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Dua sahabat yang juga murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Teluk Lipat, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tiga sahabat iaitu Muhammad Danish Mikaill Abdullah, 11, Mohamad Atiff Farrouqi Zainudin, 9, dan Ahmad Aril Farhan Mat Zain, 11, mandi di pantai terbabit.

Ketika sedang mandi, Muhammad Danish Mikaill dan Mohamad Atiff Farrouqi dipercayai dihanyutkan arus ke tengah laut manakala Ahmad Aril Farhan berjaya berenang ke darat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, ketika mandi, kedua-dua mangsa dipercayai terkapai-kapai lemas sebelum dihanyutkan arus ke tengah laut.

Menurutnya, Ahmad Aril Farhan kemudiannya berlari mendapatkan pertolongan daripada orang ramai

"Anggota polis dan bomba yang dihubungi bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

"Mayat Muhammad Danish Mikaill yang tinggal di Kampung Alur Tempoyak ditemui jam 4.45 petang kira-kira 150 meter daripada tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat Mohamad Atiff Farrouqi yang tinggal di Kampung Alur Tembesu ditemui jam 6.25 petang dalam jarak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 7 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 8:17 PM