GAMBAR fail, tanah mendap kuarters SK Bandar 2. FOTO NSTP
GAMBAR fail, tanah mendap kuarters SK Bandar 2. FOTO NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Masalah tanah mendap di kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2, Paloh Hinai di Pekan dijangka selesai dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, Bahagian Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengadakan lawatan dan pemeriksaan di kawasan mendapan.

Katanya, laporan terperinci akan dikemukakan dalam masa terdekat bagi kaedah pembaikan serta membabitkan anggaran kos.

"Anggaran kos itu akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 7 Januari lalu, bangunan kuarters empat tingkat sekolah itu diarah untuk dikosongkan susulan kejadian tanah mendap.

Berikutan itu, seramai lapan keluarga membabitkan 24 penghuni dipindahkan sementara ke asrama sekolah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 7:46 PM