GAMBAR hiasan. FOTO Arkib BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib BERNAMA
Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan menunjukkan penurunan kepada 14,385 orang setakat 8.30 pagi ini, yang masih berlindung di 42 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mereka daripada 4,684 keluarga itu ditempatkan di PPS di empat daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Kuala Krai.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas mencatatkan jumlah 10,283 orang yang berada di 23 PPS.

Mangsa banjir di Tumpat pula merekodkan jumlah 3,311 orang berada di 10 PPS, diikuti Jeli (701 orang di lima PPS) dan Kuala Krai (90 orang di empat PPS).

Sementara itu, dua sungai lepasi paras bahaya, enam sungai lepasi paras amaran dan lima sungai melepasi paras waspada.

Laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 9.67 meter (m) dan Sungai Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah (56.69m).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2023 @ 9:45 AM