GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Laluan di susur Jalan Semantan menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya selama sebulan dari 22 Dis ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan jalan raya bertingkat fasa kedua dijalankan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan sebagai alternatif, pengguna jalan raya boleh menggunakan 17 laluan lencongan yang disediakan.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan mengenai jalan terbabit, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Awam dam Saliran DBKL menerusi talian 03-2617 9000, WCT Berhad 017-880 7090 (Braba) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) 03-7434 7333.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 7:09 PM