GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kesemua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang bagi laluan Tanjung Malim-KL Sentral-Tanjung Malim dan tren elektrik (ETS) yang terjejas akibat sebuah kren binaan patah antara Rawang dan Kuang, dua hari lepas, kembali pulih.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan tren komuter pertama bernombor 2301 memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.

"KTMB memohon maaf sekali lagi atas kejadian yang berlaku. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama penumpang yang terkesan dan menghargai perhatian serta pemahaman anda," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 9:51 AM