Raja Noraina Raja Rahim


Sepang: Identiti mayat lelaki terbakar yang ditemukan di kawasan semak dekat lombong D'Island, Puchong, semalam, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat disahkan warga tempatan hasil bedah siasat yang dijalankan.

"Kita (polis) masih tunggu keputusan laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian" katanya dihubungi Harian Metro, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan, mayat lelaki dipercayai warga tempatan ditemukan di kawasan semak dengan separuh badannya terbakar dan tangan berikat dawai.

Wan Kamarul dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu daripada orang awam jam 8.01 pagi.

Katanya, lokasi penemuan berhampiran Sungai Rasau dan kira-kira 10 meter dari Jalan Puchong-Cyberjaya.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2023 @ 4:23 PM