KAKITANGAN syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso. FOTO Ihsan SPRM
KAKITANGAN syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso. FOTO Ihsan SPRM
Mohd Roji Kawi


Kuching: Dua kakitangan syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching, hari ini terhadap pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso), dua tahun lalu.

Dalam kes pertama dalam Ops Hire 2.0, pekerja Syarikat Dayacop Security Services Sdn Bhd, Desnee Hung Kah Yee, mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dia turut menghadapi 47 pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM23,500 kepada Perkeso berkaitan tuntutan elaun mobiliti program Insentif Pengambilan Pekerja pada 2021.

Dalam kes kedua, Pengurus Syarikat Sharifah Trading Sdn Bhd, Mohamed Nazeer Kudpudeen, turut mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan mengikut Seksyen 18 AktabSPRM 2009 dan 10 pertuduhan mengikut Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM5,000.00 kepada Perkeso pada 2021 untuk program Insentif Pengambilan Pekerja.

Hakim Steve Ritikos menetapkan 1 November ini sebagai tarikh pengurusan pra perbicaraan kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 8:13 PM