PENDUDUK Kampung Tenggayun mempamerkan semangat patriotik dengan berarak sejauh dua kilometer sempena Hari Malaysia. FOTO Togi Marzuki
PENDUDUK Kampung Tenggayun mempamerkan semangat patriotik dengan berarak sejauh dua kilometer sempena Hari Malaysia. FOTO Togi Marzuki
Togi Marzuki

Pontian: Penduduk di Kampung Tenggayun, dekat sini mempamerkan semangat patriotik dengan berarak sejauh dua kilometer sempena Hari Malaysia, hari ini.

Mereka mengibarkan Jalur Gemilang, berbasikal dan menggunakan gerabak roda tiga dihiasi bendera kebangsaan.

Ketua Kampung Kawasan 9 Mukim Rimba Terjun Pontian, Mohd Ali Khuzai, berkata perarakan berkenaan bagi meluahkan semangat cintakan negara.

Diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka turut menyanyikan lagu ' Malaysia Berjaya' berkumandang sepanjang perjalanan.

"Perarakan dari Dataran Al-Hazim bermula jam 7.30 pagi dan berakhir di perkarangan Sekolah Agama Kampung Tenggayun yang menyediakan pelbagai acara menarik seperti pertandingan melukis, memasak, sukaneka dan pakaian beragam.

"Program berkenaan dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme kepada negara demi mewujudkan perpaduan dan harmoni kini dan selamanya, " katanya.

Bagi Jalal Tumijan, 69, program berkenaan secara langsung menjadi contoh khususnya kepada golongan peserta seusia kecil untuk meningkatkan semangat cintakan negara.

"Acara seperti ini perlu diteruskan yang pastinya dapat menjalinkan semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim antara penduduk, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2023 @ 12:40 PM