Wujud spesies nyamuk yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap racun serangga atau ubat nyamuk. - FOTO Hiasan
Wujud spesies nyamuk yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap racun serangga atau ubat nyamuk. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

NYAMUK adalah serangga yang bahaya dan boleh membawa penyakit. 

Selain mengancam nyawa, nyamuk juga boleh mengganggu ketenteraman manusia. 

Antara bahaya yang disebabkan oleh nyamuk adalah gangguan tidur, alahan, serta penyakit bawaan seperti malaria, demam berdarah, Chikungunya, dan Zika yang biasanya boleh membawa maut. 

Kebiasaannya, langkah pencegahan bagi pengawalan nyamuk adalah penggunaan racun serangga berbentuk semburan atau ubat nyamuk berbentuk lingkaran yang dibakar untuk mengelakkan gigitan nyamuk. 

Walaubagaimanapun, ia mungkin mempunyai kesan sementara atau kesan sampingan kepada pengguna. 

Walaupun ubat nyamuk adalah efektif dan selamat digunakan oleh manusia tetapi ia boleh memberi kesan sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama dan kuantiti yang banyak. 

Selain itu, terdapat juga spesies nyamuk yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap racun serangga atau ubat nyamuk. 

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mencegah gangguan nyamuk iaitu memusnahkan tempat pembiakan nyamuk, menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan penggunaan perangkap nyamuk elektrik.

Oleh itu, SHARP memperkenalkan SHARP Bite-Bye, penapis udara dengan perangkap nyamuk yang dapat mencegah dan mengurangkan bahaya disebabkan oleh nyamuk. 

Inovasi terbaharu ini hadir dengan tiga fungsi canggih yang bukan sekadar membersih udara serta menghilangkan bau tidak selesa tetapi mampu menangkap nyamuk melalui cahaya UV dari penapis ini. 

Penapis udara SHARP ini mampu mewujudkan aliran udara yang sempurna melalui louvre 20 darjah seterusnya membersihkan udara di dalam bilik dengan lebih berkesan dan cekap. 

Antara ciri lain yang terdapat pada penapis udara SHARP dengan perangkap nyamuk adalah teknologi Plasmacluster Ion yang memancarkan ion positif dan negatif, serta mencegah bakteria, virus, dan kulat. 

Selain itu, penapis udara ini mempunyai gabungan unik ion kluster plasma dan penapis HEPA yang mampu menapis sehingga 99.9 peratus zarah mikron. 

Bukan itu saja, penapis ini mempunyai tiga tahap penapis yang mampu menghilangkan cas elektrostatik dan meningkatkan kelembapan kulit. 

Melalui teknologi ini individu dapat melindungi keluarga dan anak-anak dari gangguan nyamuk dalam masa sama menghirup udara segar di rumah dengan lebih selesa. 

Untuk maklumat lanjut layari SHARP.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2023 @ 7:22 PM