GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan akan berusaha menyelesaikan masalah air di negeri itu secara berperingkat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata perkara itu akan menjadi keutamaan beliau selepas dipertanggungjawab mengetuai pentadbiran negeri itu.

"Kita akan cuba menyelesaikan masalah air kerana semua maklum masalah berkenaan namun bukan hanya di Kelantan.

"Perkara itu akan menjadi keutamaan untuk menyelesaikannya secara berperingkat. Selain itu, kita akan mengukuhkan sektor ekonomi melalui infrastruktur terutama pelabuhan, jaringan lebuh raya Laluan Rel Pantai Timur ECRL selain meningkatkan sumber asli terutama mineral," katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Mohd Nassuruddin (duduk, kiri) diringi EXCO pada sidang media selepas mesyuarat EXCO. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohd Nassuruddin (duduk, kiri) diringi EXCO pada sidang media selepas mesyuarat EXCO. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kunjungan hormat akan dilakukan dalam masa terdekat. Bagi saya Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai dan isu politik sudah tidak timbul.

"Sekarang adalah antara hubungan kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. Kita di Kelanyan sejak dulu lagi baik dengan Kerajaan Pusat dan kita akan kekalkan hubungan baik berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 1:53 PM