RINA Mohd Harun tiba di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19 Shah Alam. FOTO Hairuk Anuar Rahim
RINA Mohd Harun tiba di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19 Shah Alam. FOTO Hairuk Anuar Rahim
Muhaamad Hafis Nawawi


Shah Alam: "Saya memohon pengundi di DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik menyokong PN," kata Taiyibah Rosli, 72, ibu kepada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Harun yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.

Taiyibah antara 500 penyokong bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, di sini, hari ini.

Dia berkata, anaknya diberi peluang sekali lagi untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.

"Sebagai ibu sudah tentu saya mahu Rina menang dan memberi kemenangan kepada PN serta seluruh Malaysia," katanya.

Rina bertembung dengan Ketua Pemuda Amanah Selangor, Danial Al Rashid dan calon Muda, Syaidiyah Izzati Nur Razak.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), DUN Batu Tiga dimenangi Rodziah Ismail daripada PKR dengan majoriti 15,616 undian.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu sebelum ini bertanding di Parlimen Sepang namun tewas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 3:18 PM