INISIATIF eBelia Rahmah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 yang matlamatnya untuk memupuk budaya tanpa tunai dalam kalangan belia. FOTO Arkib NSTP
INISIATIF eBelia Rahmah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 yang matlamatnya untuk memupuk budaya tanpa tunai dalam kalangan belia. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebanyak 16 laporan berkaitan kes penipuan wang tunai eBelia Rahmah membabitkan kerugian lebih RM2,000 diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejak kenyataan media dikeluarkan berkaitan ini hanya pertambahan dua laporan polis berbanding sebelum itu membabitkan 14 laporan polis.

"Selepas itu tiada lagi laporan polis diterima dan ini menandakan hasil keberkesanan laporan berita yang dikeluarkan pihak media.

"Jadi, masyarakat (terutama golongan pelajar) perlu cakna dan 'aware' mengenai hal ini. Mereka perlu berhati-hati," katanya pada sidang media selepas pelancaran Trailer Filem Kesedaran Anti-Scam Oppa, di Kl Welness City, di sini, hari ini.

Program eBelia Rahmah adalah inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2023 bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, selain meringankan beban kewangan golongan berusia 18 hingga 20 tahun dan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2023 @ 6:03 PM