PERAYAAN Songkran disambut masyarakat Siam. FOTO AFP
PERAYAAN Songkran disambut masyarakat Siam. FOTO AFP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut perayaan Songkran kepada masyarakat Siam di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan dilimpahi dengan keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang menyambutnya.

Terdapat 60,000 masyarakat berketurunan Siam di Malaysia dengan sebilangan besarnya di Kedah dan Perlis.

Songkran yang terkenal sebagai festival air adalah sambutan Tahun Baru Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun.

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran. FOTO Facebook Istana Negara
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran. FOTO Facebook Istana Negara

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 10:00 AM