MAYAT mangsa dikesan oleh anjing Unit K9 di sekitar Pulau Kening. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa dikesan oleh anjing Unit K9 di sekitar Pulau Kening. FOTO ihsan Bomba
Roselan Ab Malek


Bera: Remaja lelaki berusia 19 tahun yang hilang ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor, di sini, Sabtu lalu ditemukan lemas, hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi dijumpai terapung pada jarak 900 meter dari lokasi kejadian di Pulau Kening.

"Mayat mangsa dalam terapung dan tersangkut pada pohon kayu di kawasan itu dikesan oleh anjing Unit K9 di sekitar Pulau Kening pada 10.44 pagi sekitar 0.9 kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang," katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital untuk tindakan susulan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga dimulakan pada 8.30 pagi dengan pembabitan seramai 13 anggota dari Unit K9, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dan BBP Maran.

Sabtu lalu, Faizal Akmal Fikri yang berasal dari Kampung Bukit Lada Awah, Temerloh dipercayai lemas ketika mandi di sungai itu bersama lima rakan lain pada 4 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 12:46 PM