LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diminta menyatakan pendirian mengenai siapa yang disokong untuk menjadi Ketua Menteri Sabah berikutan kemelut politik yang berlaku ketika ini.

Difahamkan, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut mengemukakan akuan bersumpah (SD) sokongan terhadapnya ketika pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, petang tadi.

Menurut sumber, pihak Istana Seri Kinabalu juga akan memanggil semua Adun bagi menyatakan pendirian masing-masing di hadapan Juhar.

Semalam, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa Hajiji meletakkan jawatan atas dakwaan sudah kehilangan sokongan majoriti selain menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Selain itu, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut sama mendesak Hajiji meletakkan jawatan kerana beranggapan beliau sudah hilang kelayakan kerana tidak berparti.

Bagaimanapun, penyokong Hajiji menyangkal dakwaan itu dan menyatakan kedua-dua pemimpin parti terbabit tidak memahami undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 7:48 PM