GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP/MOHD ADAM ARININ
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP/MOHD ADAM ARININ
BERNAMA

Kuala Lumpur: Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) 6.30 pagi ini, amaran cuaca tahap bahaya itu membabitkan Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara itu, hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka berlaku di Kedah membabitkan Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dalam tempoh sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada membabitkan keseluruhan Perlis dan Pulau Pinang, manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Perak (Kerian, Kuala Kangsar serta Larut, Matang dan Selama) selain Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 9:01 AM