PENGUNDI muda bagi Parlimen P037 Marang (dari kiri) Nur Nadirah Hanisah Kamaruddin, 23; Najihah Ramlee, 25; Siti Zainab Zakaria, 25; Fatin Usyairah Mohd Shah, 24; dan Nurbaya Hanin Kamaruddin, 25, selepas menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila. FOTO Bernama

PENGUNDI muda bagi Parlimen P037 Marang menunjukkan jari mereka yang dicelup dakwat kekal selepas menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila. Seramai 915,748 pengundi di Terengganu antara lebih 20 juta rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi mandat kepada parti politik yang dipilih untuk pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu. FOTO Bernama

BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 20 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat 10 pagi, hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berdasarkan tinjauan Bernama, proses pengundian setakat ini berjalan teratur di seluruh negara dengan setiap pengundi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan SPR, termasuk yang terbaru, setiap pengundi tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit ketika mengundi.

Petugas SPR dan keselamatan juga dilihat sedia membantu pengundi di setiap pusat mengundi selain menyediakan pelbagai kemudahan secukupnya untuk melancarkan proses pengundian, termasuk kerusi roda yang digunakan pegawai SPR bagi memudahkan pergerakan warga emas dan orang kurang upaya.

SPR turut menyediakan kenderaan perantara atau 'shuttle' di pusat-pusat mengundi terpilih bagi memberi keselesaan kepada pengundi yang terpaksa memakir kenderaan mereka jauh dari pusat mengundi.

Proses pengundian PRU-15 bermula secara rasmi pada 7.30 pagi ini di Sabah, Sarawak dan Labuan manakala di Semenanjung Malaysia bermula 8 pagi.

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah yang tertangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan Covid-19.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,853,681 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 11:56 AM