Khairy beramah mesra bersama penduduk sekitar Paya Jaras ketika meninjau kawasan berkenan. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Khairy beramah mesra bersama penduduk sekitar Paya Jaras ketika meninjau kawasan berkenan. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Noor Atiqah Sulaiman


Sungai Buloh: Ahli Umno perlu setia bersama parti walaupun nama mereka tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamluddin berkata, adalah lumrah sebagai ahli politik apabila nama tidak dicalonkan atau diletakkan di kawasan luar untuk bertanding.

"Kepada sahabat saya yang tidak dapat menjadi calon, saya harap mereka untuk terus bersama dengan parti.

"Kita semua melalui naik turun dalam politik. Ada yang digugurkan (dan ada) macam saya digugurkan (di kawasan Rembau) serta bertanding di Sungai Buloh," katanya selepas melakukan 'walkabout' di Kampung Paya Jaras Hilir, di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas namanya digugurkan oleh Barisan Nasional (BN).

Selasa lalu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Rozabil Abd Rahman sebagai calon Parlimen Arau sekali gus menggantikan Shahidan yang memegang kerusi berkenaan sejak empat penggal lalu.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah diumumkan akan bertanding atas tiket PN bagi mempertahankan kerusi oleh Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2022 @ 3:29 PM