Ewon Benedick. FOTO ihsan UPKO
Ewon Benedick. FOTO ihsan UPKO
Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Kerusi Parlimen Penampang dijangka menyaksikan pertembungan antara bakal presiden dan timbalan presiden dua parti pembangkang Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bulan depan.

Ia selepas Datuk Ewon Benedick yang juga bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi merebut kerusi itu daripada parti Warisan.

Penampang sebelum ini disandang oleh Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking selama dua penggal sejak 2013 dan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Pencalonan Darell yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis di Sepanggar, semalam.

Mohd Shafie berkata, pemilihan calon parti itu dibuat berdasarkan rekod baik dan ciri kepemimpinan.pemimpin atau penyandang kerusi yang baik.

Sementara Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dipilih berdasarkan bakat selaku pemimpin muda dan mendapat sokongan semua parti dan ahli akar umbi termasuk di Penampang. mendapat sokongan pemimpin dan penyokong UPKO termasuk di Penampang berdasarkan bakat kepemimpinan muda yang dimilikinya.

"UPKO percaya era politik kini memerlukan pemimpin yang segar dan lebih dinamik serta berkeupayaan. Kami menganggap Ewon sebagai pemimpin yang berpotensi besar membawa perjuangan Sabah dan rakyatnya yang berbilang kaum ke peringkat tinggi.

"Apatah lagi sebagai bakal presiden yang termuda dalam UPKO dan juga antara presiden parti yang termuda di Malaysia dengan umurnya 39 tahun," kata Timbalan Presiden UPKO yang juga Ketua Bahagian UPKO Penampang, Datuk Donald Peter Mojuntin.

Donald berkata, Ewon bukan orang asing di Penampang kerana keluarganya sememangnya berasal dari Dun itu selain banyak terbabit program parti di kawasan berkenaan bermula ketika bergelar Ketua Komulakan (Pemuda) UPKO pada 2005.

Ewon yang juga Naib Presiden UPKO disahkan bakal mengganti Presidennya, Datuk Madius Tangau yang mahu memberi laluan kepada pemimpin muda itu mentadbir parti, menjelang Persidangan Agung Tri-Tahunan yang ditangguhkan sehingga PRU-15 selesai.

Parlimen Penampang mempunyai seramai 76,807 pengundi terkini berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 9:47 AM