DATUK Noorsiah Saaduddin.
DATUK Noorsiah Saaduddin.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan mengenai kenyataan Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman.

Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, ucapan berkenaan disampaikan dalam 'Forum Dark Forces Towards GE15' yang diadakan 17 September lalu.

Beliau berkata, bekas Peguam Negara itu bersama seorang ahli panel forum Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj akan dipanggil bagi rakaman percakapan dalam masa terdekat.

"Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 8:26 PM