GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Dua sungai di Sarawak, hari ini direkodkan melepasi paras amaran dengan kedua-duanya menunjukkan trend menaik.

Selain itu, 10 sungai lain iaitu enam di Sarawak, dua di Kedah serta masing-masing satu di Pahang dan Melaka direkodkan melebihi tahap waspada.

Berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai yang melepasi paras amaran di Sarawak adalah Sungai Long Teru, Miri dengan bacaan 7.24 meter (m) dan Sungai Punan Bah B, Kapit yang kini menunjukkan bacaan 10.5 m.

Enam lagi sungai di Sarawak yang melepasi tahap waspada adalah dua di Kapit iaitu Kapit New Headworks (13.85 m) dan Kapit Town (13.32 m) serta empat di Sibu iaitu Durin Bazaar, (3.88 m), Renan Kemiding (6.51 m), Sungai Salim B, (2.75 m) dan Kanowit Town (4.76 m).

Manakala, dua sungai di Kedah yang kini melepasi paras waspada adalah Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar dengan bacaan 2.08 m dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap yang merekodkan bacaan 11.13 m.

Di Pahang, Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan juga melepasi paras waspada dengan bacaan 3.09 m.

Manakala, Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah juga kini merekodkan bacaan melepasi paras waspada dengan bacaan 1.63 m.

Ketika ini, hujan direkodkan berada pada tahap sangat lebat di Lebaan, Sibu di Sarawak namun paras air sungai menunjukkan trend menurun dengan bacaan 1.35 m.

Selain itu, paras air sungai di Kampung Kayu, Kuching pula menunjukkan trend menaik dengan bacaan 2.25 m.

Bagaimanapun, ia masih berada tahap normal dengan hujan berada pada tahap sederhana ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2022 @ 1:24 PM