HAMZAH (kanan) bersama Muhammad Sanusi pada Majlis Amanat Setiausaha Agung PN. FOTO Noorazura Abdul Rahman
HAMZAH (kanan) bersama Muhammad Sanusi pada Majlis Amanat Setiausaha Agung PN. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin berharap PAS dapat menggunakan logo PN sebagai tanda persepakatan dan kekuatan mereka dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Hamzah berkata, PAS terutama di Kedah agar tidak berfikir 'perkara lain' kecuali PN perlu menukar warna logo yang sedia ada berikutan ia seakan-akan menyamai Barisan Nasional (BN).

"Apabila saya bersama dengan rakan-rakan saya daripada PAS dalam kerajaan saya tengok mereka ini baik-baik belaka. Saya ucapkan tahniah. Jadi bila saya sudah kata macam itu, jangan fikir lain lagi... ni logo Perikatan Nasional kena tukarlah. Pasal apa? Nanti orang duduk ingat colour (warna) sama (Barisan Nasional). Warna sama logo lain.

"Logo depa (mereka) dacing. Bila pilihan raya, gambar yang keluar dacing. Kita? Bila mengundi besok yang keluar, saya nak bagi tahu. Kitalah satu-satunya parti yang tulis penuh. Perikatan Nasional. Dari zaman merdeka sampai sekarang ada lagi ka pengundi yang tak reti baca? Mana ada," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Setiausaha Agung PN di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN.

PAS Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum ini bercadang menggunakan logo parti itu di negeri masing-masing pada PRU15.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Muktamar Pas Ke-68 awal bulan lalu berkata, sejumlah besar perwakilan bimbang dengan logo PN yang berwarna biru itu itu kerana menyamai warna logo BN.

Hamzah berkata, PAS wajar mempertahankan logo PN agar logo itu dikenali sehingga ke peringkat akar umbi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2022 @ 12:52 PM