PENGASAS NOIR, Eriyca Baiduri bersama suami, Muhammad Azri Che Noh tiba di NOIR Gala Night 2022 yang diadakan di Grand Ballroom, The St Regis Hotel Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
PENGASAS NOIR, Eriyca Baiduri bersama suami, Muhammad Azri Che Noh tiba di NOIR Gala Night 2022 yang diadakan di Grand Ballroom, The St Regis Hotel Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Oleh Suliati Asri


Kuala Lumpur: Walaupun berdepan dengan tahun-tahun mencabar berikutan pandemik Covid-19, ia bukan penghalang untuk NOIR Health and Beauty Sdn Bhd (NOIR) terus berada dalam prestasi kewangan yang kukuh bersama barisan usahawannya.

Lebih menarik, selepas lima tahun mewarnai industri kecantikan, syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium ini juga tetap mendapat kepercayaan usahawannya.

Ini terbukti menerusi program keusahawanan NOIR yang terus diyakini sehingga mampu melahirkan lebih 30,000 ahli usahawan yang kekal aktif sehingga ke hari ini.

Justeru, bagi meraikan kejayaan seluruh usahawan berkaliber NOIR, mereka dirai dalam majlis penuh gilang-gemilang NOIR Gala Night 2022 yang bertemakan Bollywood Vibes di The St Regis Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menariknya, NOIR Gala Night 2022 ini juga kembali memeriahkan diari tahunan usahawan syarikat itu selepas dua tahun menyepi dari sebarang majlis berskala besar akibat pandemik Covid-19 melanda negara.

Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri yang lebih dikenali sebagai Madammu berkata, selain diadakan sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-33 tahun, NOIR Gala Night 2022 ini juga adalah malam untuk menghargai usahawannya.

Katanya, sepanjang lima tahun NOIR berada di dalam industri ini, mereka sentiasa berusaha, berkorban mengubah hidup dan sama-sama berjaya bersama NOIR.

"NOIR Gala Night 2022 ini adalah malam yang cukup meriah dan bermakna bukan saja buat saya, tetapi juga semua usahawan NOIR.

"Disebabkan pandemik Covid-19, kita tidak berpeluang mengadakan Gala Night ini. Jadi, acara malam ini adalah untuk menghargai semua usahawan NOIR yang bertungkus-lumus dalam mengubah hidup mereka," katanya.

Malam glamor penuh berprestij itu juga menjadi detik yang penuh bermakna buat 50 penerima anugerah menerusi 10 kategori iaitu Anugerah NOIR Superstar 2022, Outstanding Leadership, Outstanding Growth Award, Most Active Entrepreneur, Most Supportive Entrepreneur, Most Innovative Entrepreneur, Most Productive Entrepreneur, Best Social Media Content, Best Personal Branding in Social Media dan Most Trendy Entrepreneur.

Mengulas lanjut, Madammu berkata, anugerah yang diberikan itu adalah pemangkin semangat buat seluruh usahawannya agar terus bangkit berniaga demi mencipta kegemilangan bersama-sama dengan NOIR.

"Penerima anugerah ini adalah mereka yang berada di tangga teratas, aktif, kepimpinan yang bagus dan sentiasa komited dalam NOIR.

"Saya menganggap penganugerahan ini adalah satu penghargaan dan sumber motivasi untuk mereka lebih maju jaya dan bersemangat dalam mencapai impian," katanya.

Menambahkan elemen kejutan di NOIR Gala Night 2022 ini, penerima Anugerah Superstar menerima 'hadiah' yang cukup bermakna apabila nama mereka dijadikan kod warna produk Lips Mate terbaru NOIR iaitu kod Cikya, Eza, Sismu, Clara dan Kak Na.

Selain itu, NOIR juga melancarkan dua rangkaian produk terbarunya iaitu Skin Revitalising Serum dan Super Anti Aging Serum.

NOIR Gala Night yang diadakan di Grand Ballroom, The St. Regis Hotel Kuala Lumpur.
NOIR Gala Night yang diadakan di Grand Ballroom, The St. Regis Hotel Kuala Lumpur.

Madammu berkata, dua serum itu sudah difomulasikan tahun lalu tetapi hanya dilancarkan pada tahun ini kerana ingin hasilkan yang terbaik lebih-lebih lagi ia membabitkan penjagaan kulit dan pengguna NOIR.

"Dengan rangkaian produk sedia ada dan terbaru dari NOIR ini, dalam masa tiga tahun akan datang kita mahu menembusi pasaran Indonesia dan India selain memperluaskan lagi jenama NOIR di persada dunia untuk membantu lebih ramai lagi orang.

"Kita juga mahu lahirkan lebih 200,000 usahawan terutama dalam kalangan wanita bukan saja suri rumah, ibu tunggal, malah wanita berkerjaya yang ingin jana pendapatan.

"Saya komited membantu wanita-wanita di luar sana kerana saya melihat sendiri perubahan wanita dalam NOIR yang asalnya guru, kerani, suri rumah, ibu tunggal," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, objektif NOIR adalah untuk membantu dan menaikkan martabat wanita supaya mereka boleh berdiri di kaki sendiri.

Sementara itu, bagi seorang dari lima penerima Anugerah Superstar Eza Nuraiena Sota, 33, berkata, penghargaan pada malam itu bukan adalah 'langkah pertama' dan bukan pengakhiran.

NAMA diabadikan pada produk Lips Mate.
NAMA diabadikan pada produk Lips Mate.

Menurutnya, bermula sebagai dropship dengan modal serendah RM50 dan ketika itu berstatus pelajar, sokongan dari pihak NOIR dan pengasasnya sendiri kini dia mampu memperoleh jualan mencecah RM700,000 sebulan.

"Selain fokus dan konsisten dalam perniagaan, sokongan terutama daripada Madammu sendiri menjadi asbab saya setia dengan NOIR dan merasa sangat rugi jika tidak merebut peluang serta memberikan yang terbaik.

"Bagaimanapun, sebenarnya perjuangan saya baru saja bermula dan selepas ini saya target untuk mencapai jualan RM1 juta sebulan," katanya.

Selain diserikan dengan dekorasi serba mewah bersesuaian dengan tema Bollywood Vibes, NIOR Gala Night 2022 juga turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dari barisan artis jemputan terhebat iaitu Ratu Rock Negara, Ella dan penyanyi popular, Liza Hanim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 7:01 AM