Yusmizal Dolah Aling dan Rosman Shamsudin

Hulu Selangor: Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Korban 2022 bersama Ez Qurban di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor hari ini berlangsung dengan lancar dan meriah.

Ia dikendalikan secara gotong-royong antara sukarelawan TKHM, Yayasan Ez Prihatin dan penduduk kampung dalam suasana harmoni serta ceria.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit berkata, seiring dengan semangat penganjurannya, beliau berharap TKHM Korban 2022 dapat meringankan beban golongan sasaran seperti ibu tunggal, anak yatim, asnaf dan rumah kebajikan.

Katanya, ia sebahagian daripada tanggungjawab Harian Metro yang peka dengan keadaan sekeliling khususnya pembaca.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi, program ini diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu.

"Kami hanya bertindak sebagai pembuka jalan, semoga ada pihak lain yang akan membantu golongan yang memerlukan.

"Harian Metro mengharapkan sokongan berterusan pembaca bagi membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan kepada penerima yang layak," katanya.

Program berkenaan turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Ez Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin; Penyelaras Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam, Amran Sakir; Nazir Masjid Jama'atul Asma Ul - Husna, Mazlan Yunan; Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro, Muhamad Safar Ahmad dan Pengarah Program TKHM, Noor Azam Ab Aziz.

Sementara itu Muhammad Hafeez berkata, ini adalah tahun kedua pihaknya berkolaborasi bersama TKHM untuk menyantuni penerima dalam kalangan asnaf serta mereka yang memerlukan.

Katanya, ia adalah kali pertama selepas pandemik dan beliau bersyukur ia berjalan dengan baik seperti dirancang.

"Sebanyak lapan ekor lembu daripada Ez Qurban disembelih pada hari ini dan diagihkan. Saya lihat perlunya korban diadakan termasuk dalam dan luar negara untuk membantu penerima serta mengembangkan syiar Islam.

"Semoga ia akan diteruskan pada masa akan datang dan insyaAllah, kita akan jadikan acara tahunan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 3:38 PM
PENDUDUK kampung bersama kakitangan Ez Qurban dan Harian Metro bergotong-royong melapah daging. FOTO Hazreen   Mohamad

HUSAIN (berdiri, dua kanan) bersama Amran (depan, kanan) pada Program TKHM Korban 2022 bersama Ez Qurban. FOTO Hazreen Mohamad
HUSAIN (berdiri, dua kanan) bersama Amran (depan, kanan) pada Program TKHM Korban 2022 bersama Ez Qurban. FOTO Hazreen Mohamad
HUSAIN (tengah) bersama Muhammad Hafeez (empat kanan), Amran (dua kiri) dan Mazlan (tiga kanan) pada perasmian Program TKHM Korban 2022 bersama Ez Qurban di Kampung Sri Keledang. FOTO Hazreen   Mohamad
HUSAIN (tengah) bersama Muhammad Hafeez (empat kanan), Amran (dua kiri) dan Mazlan (tiga kanan) pada perasmian Program TKHM Korban 2022 bersama Ez Qurban di Kampung Sri Keledang. FOTO Hazreen Mohamad