GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


Kuala Lumpur: Kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 2,107 kes dilaporkan, semalam.

Menerusi data yang dikongsikan oleh laman sesawang COVIDNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,448,004 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 6,890 kes sembuh dilaporkan semalam, menyumbang kepada 4,366,951 kes pulih daripada jangkitan Covid-19, setakat ini.

Sebanyak lima kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, dengan tiada kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sehingga 11.59 malam semalam, sejumlah 2,091 kes membabitkan penularan tempatan dengan 16 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Secara keseluruhannya, sehingga kini terdapat 97.2 peratus bersamaan 44,214 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 2.6 peratus atau 1,190 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Sebanyak 33 atau 0.1 peratus kes daripada jumlah keseluruhan kes pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Unit Rawatan Rapi (ICU) (24 kes), dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (45 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 9:07 AM