NOIR menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan sekitar ibu kota. FOTO Ihsan Noir
NOIR menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan sekitar ibu kota. FOTO Ihsan Noir
Anis Syuhada Mohd Rosli


Kuala Lumpur: Tidak hanya tertumpu sumbangan kepada anak yatim dan golongan asnaf, malah petugas barisan hadapan turut diberi bantuan dan agihan berbuka puasa.

Usaha murni dilakukan Noir Health & Beauty Sdn Bhd (Noir) itu dilakukan sejak awal Ramadan dengan sumbangan turut diberikan kepada petugas di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Program NOIR Prihatin bermula dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa percuma di bazar sekitar Lembah Klang seperti di Bazar Ramadan Kota Damansara, Bandar Kinrara, Pantai Dalam dan sekitar ibu kota.

Menghampiri akhir Ramadan, Program Noir Prihatin dipergiatkan lagi dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa kepada golongan kurang bernasib baik di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit di sini.

Golongan anak yatim juga tidak terkecuali apabila seramai 31 anak yatim dan tujuh penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara diraikan pada Majlis Iftar Noir Bersama Anak Yatim.

Majlis Iftar Noir diadakan di Wisma NOIR, Kota Damansara itu diserikan lagi dengan penyampaian hadiah Peraduan Cantik & Menang kepada Normah Mohd Yaman yang terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan itu dengan membawa pulang hadiah RM10,000 tunai.

Peraduan Cantik & Menang dilancarkan sempena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij itu.

NOIR Health & Beauty adalah syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik diasaskan Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga penaja utama AJL ke-36 pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2022 @ 11:23 PM